Thursday, September 4, 2008

Apa itu Bisnes GIBLINK?



APA ITU GIBLINK ?




Search engine Giblink yang telah dilancarkan pada 2 September 2008. Giblink juga akan melancarkan Giblink3.0 yang dipenuhi dengan features tambahan yang lebih baik dari sebelumnya.

Saya percaya ramai yang masih berasa asing dengan jenama Giblink. Kira-kira 10 tahun yang lalu saya pun berasa asing dengan nama Yahoo. Dan lagi 10 tahun kebelakang saya pun tak kenal dengan nama Microsoft atau Bill Gates. Tetapi hari ini nama-nama tersebut lebih kita kenali berbanding nama P.Ramlee.
Giblink adalah sebuah wadah yang berasaskan portal di internet seperti juga Yahoo atau Google.

Anda atau saya boleh merekacipta sebuah laman di internet untuk tujuan yang kita mahukan. Kalau nak jual dodol maka kita cipta sebuah laman jual dodol. Kalau dah banyak sangat traffic atau pengunjung maka kita boleh pula jual iklan. Kita tawarkan harga berpatutan kepada orang yang ingin mengiklankan produk mereka di situ. Lama kelamaan otak kita yang tak mahu duduk diam akan mencipta pula sebuah bahagian di dalam laman yang kita cipta itu supaya orang lain boleh menjadi ahli didalam laman tersebut. Kita kenakan yuran yang berpatutan. Faedah yang mereka dapat ialah boleh berhubungan sesama ahli dan menjual produk masing-masing. Oleh itu kita dah dapat 3 sumber income iatu hasil jualan dodol, hasil iklan dan yuran keahlian .



Sekarang mungkin anda dah nampak sedikit apakah makna istilah "social network". Laman anda telah menjadi sebuah sosial network kerana anda telah menghubungkan ramai individu agar mereka boleh berhubungan antara satu sama lain.Laman anda telah naik taraf menjadi portal kerana memiliki berbagai-bagai fungsi dan kegunaan. Bukan setakat jual dodol malah dah ada ruangan iklan, ruangan chatting, ruangan forum, ruangan pasar lambak dan lain-lain lagi. Itulah sebuah portal yang telah berubah menjadi laman sosial network milik anda. Yahoo juga adalah sebuah portal.


Laman Yahoo juga adalah sebuah portal kerana perhatikan ada bermacam-macam kegunaan didalamnya.Kita boleh mengiklankan produk dan perkhidmatan,membaca berita terkini, menggunakan search engine, melihat zodiak, berkenalan dan banyak lagi. Semuanya bermula dari Jerry Yang dan seorang rakannya hanya cuba bermain-main dengan portal ciptaan mereka kira-kira 14 tahun yang lepas.

Selepas boring tak tahu apa nak buat dengan portal tersebut, mereka tawarkan e-mail percuma kepada pengunjung. Hasilnya laman mereka dapat banyak traffic sebab pengunjung mesti pergi kelaman mereka untuk buka e-mail. Selepas itu mereka dapat idea untuk menyediakan sebuah search engine untuk memudahkan pelayar internet membuat carian. Hasilnya ialah suatu fenomena ledakan traffic kelaman Yahoo. Dan fenomena ini telah membolehkan mereka untuk mula menawarkan ruangan iklan kepada pemilik produk. TV3 juga berfungsi macam Yahoo.
Hasil terbesar Yahoo adalah dari sumber pendapatan iklan. Sekarang kita faham mengapa mereka berikan e-mail percuma dan search engine percuma. Semuanya gara-gara nak tarik pengunjung kelaman mereka. Adakah persamaan dengan TV3 yang berikan siaran percuma kepada anda? Memang sama pun. Apakah faedahnya syarikat swasta seperti mereka memberikan perkhidmatan percuma kepada kita sedangkan mereka perlu membayar kos operasi? Tujuannya ialah supaya pengiklan akan mengiklankan produk mereka di tempat yang ramai penonton. Semakin ramai penonton maka semakin tinggilah harga iklan.
Giblink sebagai sebuah sosial network.
Giblink telah muncul sebagai portal yang menawarkan berbagai-bagai kemudahan kepada pelayar internet. Kemudahan ini ditawarkan secara berperingkat. Pada peringkat awal penubuhan mereka produk yang ditawarkan adalah seperti berikut :
1)Domain
2)Hosting
3)Website
4)Sitebuilder
5)Email

Pada fasa kedua pada tahun 2008 Giblink menawarkan pula kemudahan pengiklanan kepada pelayar internet. Ini disebabkan mereka telah berjaya mendapatkan sejumlah traffic yang tinggi hasil dari sambutan hangat terhadap produk Giblink. Pada bulan September depan Giblink akan membuka satu lagi segmen produk mereka yang bakal bersaing dengan Yahoo atau Google. Produk tersebut ialah search engine (sila lihat gambar diatas).Dengan wujudnya search engine ini maka nilai syer Giblink diramal naik dengan begitu pantas hasil dari kunjungan traffic yang tinggi dari seluruh dunia.

Kisah yang terjadi kepada Yahoo bakal berulang kepada Giblink tak lama lagi !

Perbezaan Giblink dan Yahoo
Jika anda ingin membeli saham Yahoo di New York Stock Exchange nilainya adalah 40USD untuk seunit.Jika 1 lot anda perlu membayar 40,000 USD. Yahoo tidak menawarkan sahamnya kepada anda walaupun anda mendaftar untuk memiliki e-mail percumanya. Sahamnya di niagakan di pasaran terbuka dengan harga semasa. Konsep perniagaannya adalah berbentuk korporat. Maksudnya dalam ertikata mudah ialah sesiapa ada wang maka barulah dia boleh menjadi ahli berbayar kepada Yahoo.

Di dalam dunia realiti anda tak mungkin mampu sediakan USD40,000 untuk beli 1 lot syer Yahoo sedangkan nak isi minyak kereta pun pakai kredit kad !
Giblink berbeza dari lain-lain portal perkhidmatan disebabkan mereka menawarkan perkongsian keuntungan dengan ahli-ahli mereka.

Ini tidak berlaku pada portal perkhidmatan yang lain seperti Yahoo, Google, Youtube, Myspace, Facebook dan lain-lain.

Mereka tidak menawarkan perkongsian bersama ahli. Semuanya bermula dari webmaster yang mencipta portal tersebut. Apabila keuntungan telah semakin banyak mereka samada melaburkan semula keuntungan tersebut atau menyenaraikannya di Bursa saham. Tetapi tiada istilah perkongsian keuntungan dengan ahli-ahli portal yang aktif melayari laman mereka. Oleh itu keuntungan sebenarnya cumalah pada satu pihak iatu pemilik portal. Oleh itu Giblink telah memecah tradisi ini dengan menawarkan perkongsian keuntungan kepada ahli-ahlinya di seluruh dunia. Itulah keunikan Giblink berbanding lain-lain portal perkhidmatan yang juga digelar social network.


Dari mana datangnya pendapatan Giblink?
Keuntungan Giblink datangnya dari 3 sumber:
1) Hasil jualan produk maya iatu domain,hosting,website dll
2) Hasil dari pendapatan iklan. Ini adalah hasil yang terbesar
3) Dari pembayaran yuran keahlian. Yuran ini digunakan untuk menguruskan operasi mereka seharian seperti membayar gaji staf mereka yang berjumlah hampir 50 orang buat masa ini. Sebahagian lagi digunakan untuk membayar komisyen ahli yang menaja ahli baru (iatu sponsor bonus dan matching bonus)


Giblink menggunakan 70% keuntungannya pada setiap bulan untuk membayar ahli-ahli mereka diseluruh dunia dalam bentuk pendapatan syer. Keuntungan ini adalah hasil dari jualan produk mereka dan pendapatan iklan. Giblink tidak menggunakan pendapatan dari yuran keahlian ahli sebagai keuntungan. Nilai setiap syer pada setiap bulan berdasarkan berapa banyak keuntungan yang diperolehi dan dibahagi dengan berapa banyak jumlah syer yang harus dibayar kepada ahli. Keuntungan Giblink sentiasa meningkat semenjak ditubuhkan pada 15 September 2007. Setakat hari ini Giblink telah membayar RM 100 juta kepada ahli-ahlinya dalam bentuk agihan keuntungan.


Kenapa Sosial Network paling pantas berkembang ?
1) Rangkaian mereka bersifat global di seluruh dunia
2) Ramai pelayar internet suka berhubung antara satu sama lain
3) Produk boleh dijual
4) Ianya seperti kedai kopi di internet.Anda boleh chatting,gossip,bertukar gambar,bertukar bisnes, mencari peluang baru,mempromosikan diri sendiri dan banyak lagi
5) Sosial Network yang ditubuhkan di Amerika Syarikat mempunyai rekod yang cemerlang. Youtube dan Myspace walaupun baru beberapa tahun ditubuhkan tetapi telah berjaya mengaut keuntungan melebihi USD500 juta.
6) Pengunjung yang ramai menarik perhatian pengiklan untuk membeli ruangan iklan di Sosial Network
7) Giblink adalah sosial network yang terkini di tubuhkan di Amerika Syarikat. Ianya ditubuhkan oleh 9 orang pakar IT yang berpusat di Florida. Kebanyakan mereka adalah dari lulusan Massachuset Institute of Technology (MIT).
8) Giblink telah meluaskan perniagaan mereka di 160 buah negara di dunia. (lihat di
http://alexagiblink.blogspot.com/)

Pengurusan Giblink

Ron Snodgrass : Presiden dan Co-founder
Adam Bernard : Co-founder dan CEO
Jiri Hradsky : Co-founder
Blaine Oelkers: Director of Business Development
Tim Johnson : Communication Director
Jason Joyner : Director of Marketing
Jana Larson : AdvertisingDoug Perry : Internet Marketing
Tiffany Joyner: Support supervisor
Sandy Carr : Customer Relation
Xiaoyu Huang : Programming



Alamat Perniagaan GiblinkCom
809E Blooming Dale Ave,
#300Brandon,
Florida 33511 United State